Program Bersih & Kemas merupakan satu program yang dirancang khas untuk murid-murid Sekolah Kebangsaan Sri Tanjung Papat 1, Sandakan. Program yang dirancang ini dilaksanakan untuk memupuk perkembangan personaliti kendiri murid daripada aspek kekemasan diri. Murid yang kemas dan bersih boleh menyebabkan persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif. Ini bertepatan dengan Teras ke-2 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2013 – 2025 iaitu dengan dasar untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni.
OBJEKTIF PROGRAM
- Memberi bimbingan dalam bentuk kekemasan diri murid.
- Melahirkan dan membentuk murid yang bersih dan kemas serta bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
- Mewujudkan suasana pembelajaran dan persekitaran sekolah yang selesa dan kondusif
|
Bahan-bahan program (bedak,minyak rambut, tisu dan sikat) |
|
Cermin dilekatkan di kantin sekolah |
|
Pengawasan PRS setiap waktu rehat |
|
Sebelum menggunakan cermin murid diminta untuk membaca doa semasa melihat cermin |
|
Menulis nama sebelum menggunakan barang-barang program |
Terbaik....
ReplyDelete